New Zealand 2016 (10-16 Ogos 2016) - Day 1

January 18, 2017

Hari bertolak - 10 Ogos 2016



Ni beg yang kami bawak. 3 beg troli, setiap sorang 1 backpack...tu pon tak muat huhuhu.
Flight kami dari 9 mlm tukar ke 11. 55 mlm. Tapi aku dah start cuti . Cuma Hafiy je sorang gi sekolah pagi tu. Mmg berpeluh ler ngemas beg. Beg troli hitam tu memang khas utk makanan. Sebab declare barang makanan yang dibawa jadi senang letakkan satu beg. Mudah nanti nak bukak. Kunci jangan lupa letak mana plak kang tak pasal kene kopak beg. Makanan semua dah buat list termasuk ubat.

Kami perlu ada di airport 3 jam sbm fly...jadi petang tu lepas asar dah siap2. Kul 5 petang dah gerak sebab nak park kereta kat erl putrajaya. Nak cabut bateri kereta lagi.



Dorang ni asyik nak bergumpal jer tak kira tempat.

Kami sampai KLIA2 dalam kul 8 lebih rasanya. Terus gi check in. Pastu baru makan kat Marrybrown . Lepak2 dekat kul 10 masuk tahu jelah jauh nak jalan.




Sampai kat gate...tak leh plak duduk dkat dalam . Duduk kat lantai jelah dulu.

Okay dah masuk perut kapalterbang.
Kami akan transit kat Gold Coast. Flight dalam 8 jam gitu...huwaaaa...mmg menderita. Dah le ekon x sejuk. Tak dapat lelap...bebudak dahaga. Makanan sampai tapi kenyang lagi . Dapat le tidur sekejap. Bising sikit ada bebudak nangis.

Kami sampai Gold coast 9.55 pagi waktu sana. Dua jam lebih awal dari waktu malaysia.Transit 75 minit.


Turun berjalan kaki masuk terminal. Dorang cek jugak hand luggage.

Dorang scan beg


 Kami duduk menunggu dekat gate berlepas. Nak beli duit aud takde heheheh...


kejap je duduk dah panggil suruh beratur balik.Sebab flight kami ke Auckland jam 11.10 pagi.


Aku kerisauan sebab gatal pi beli tiket Jetstar yg last sekali jam 6. 55 petang ke Christchurch. Takut tak sempat...mana tau lama masa cek kat immigration. Berdebar betul.

Kami dihidangkan lagi makanan dan penerbangan ni dalam 3jam lebih. Masa bertambah lagi 2 jam.

Flight kami sampai agak awal dari jadual. 3.45 ptg dah mendarat. Wahhh seronoknya kuar je udara sejuk...kami naik bas sebaik turun flight ke terminal.

Sampai je lepas ambik beg gi immigration...tunjuk borang declare...padahal semua dah declare..ayam brahims  aku bawak bukan nya ada tulang..ditanda gak borang aku suruh pergi bukak beg...mujur anjing takde petang tu.

Orang depan aku plak hlang kunci beg...so kene kopak...ada gak yg beg kene cek spt dalam lab...bersapu ambik sample utk cek.

Masa aku org tu tgk2 laju2 bagi jalan je...cepat2 aku cari jalan keluar nak ke terminal domestic nak naik flight ke Christchurh plak. Cuaca dah gelap sikit....Udara sejuk . Pakai jaket masing-masing.

Flight kami jam 6.55 ptg dan sampai dalam 8 malam lebih.


Dah sampai lepas ambik beg terus pergi nak cari mana tempat utk tunggu airport transfer. Kami dah mintak org motel dtg ambik, Aku cuba cari telefon nak call motel...tak jumpa ...ada pemandu shuttle pompuan tu baik membantu...kami dah kuar dari terminal...mak aiii sejuk giler. cari telefon jumpa tapi tak reti memula nak guna. Akhirnya dapat cakap...dia suruh tunggu dalam.

Telefon utk panggil hotel free jer...kat belakang aku tu jer.


Kami kesejukan.grrrrrrr






Dalam kul 9 mlm van sampai...5 minit je dari airport. Kami tinggal di airportlodge.

Apartment 2 bilik. Memang selesa cuma soket kat dinding byk rosak..dah bukak segala beg baru tahu.




Hanya kat dapur je elok. huhuhu...Kami makan nasi goreng segera brahims...sejuk lapar giler jadinya. 
Hahahaha...bukan main budak ni.Beruntung adik mama bwk jenjalan time winter.

Malam tu kami tidur kesejukan...x cek plak suhu berapa..rasa nak mati kesejukan...heater xleh guna sebab soket rosak...kat dapur je berfungsi..letak heater kat dapur. Sebab kan penat terlelap jugak.

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook