New Zealand 2016 (10-16 Ogos 2016) - Day 3

January 19, 2017

12 Ogos 2016

Pagi ni kami nak checkout menuju Lake Tekapo. So bangun pagi dah janji kul 7.30 pagi kereta akan sampai kat apartment.
Bebudak ni suka sangat cuaca kat luar sejuk berasap mulut. Aku cakap ler dulu pagi2 Cameron Highland pon berasap mulut heheheh.

Rumah kami kat hujung...jadi berjalan kaki ke depan reception tu tgk takde plak kereta family wagon toyota yang aku sewa...yang ada estima. Jumpa dengan Cameron dari Shoestring. Dia kata u are lucky today...kereta yg aku sewa org tak pulangkan lagi so dia upgrade ke Estima. Alhamdulillah . Sebab aku sewa kejap biasanya sewa mahal sikit. Ini untung ler dapat estima yang 7 seater yg  selesa dgn harga family wagon yg 5 seater. So Cameron bawak kami ke opis dia nak tunjuk jalan dan tempat utk pulangkan kereta nanti. 5 minit jer ke airport. Dia kata nanti drop je kunci kat bekas mcm peti surat kalau dia takde. Pastikan kereta dalam keadaan bersih.

Okay dah selesai cik hubby pon memandu ler...kami singgah pasaraya Countdown yang dekat airport utk beli beras dan lain2.

sejuk ler Hafiy...

seronok sangat budak ni menimbang pisang 😊

seronok betul masuk pasaraya kat negara orang heheh

nak beli apa tu abang??

selesa tempat barang besar.

Okay jum balik umah...dah beli pisang, epal, beras, roti, coklat.

perut dah lapar. Kita makan lagi nasi goreng segera ngan roti. Kemas beg pastu bergambar jap kat luar. Sini checkout kul 10 pagi.


umah kami no 29 ...ahkak dah start bergaya dgn boot paras lutut kehkehkeh...masa ni ler nak feeling2 Che Ta. Kat Malaysia tak dapek dooo.




Plet keta kami dari johor hehehe 








 Bergambar kat luar reception sebab ada patung owl hehehe.


udah macam pelakon kapten mukhriz ke apa nama watak tu

Semua rasa seronok. first time merasa winter walaupun hujung2 je.


Okay jum kita set gps menuju ke DressMart.

Kut ada yang menarik kat kedai Canterbury







Nampak plak seberang jalan ada Park'nsave. Pasaraya popular ni .Ada jual daging ayam halal jenama Brinks
Soping lagi beli ayam plak.

Budak ni excited betul dia pergi pasaraya.
Beli potato chip yang sedap. Memang makan itu jer

Whittakers punya susu coklat ni mmg sedap sangat.

Okay kita nak ke Lake Tekapo makan masa 3 jam tau. Sepanjang jalan tu Ya Allah...kagum sangat cantik...Dari kejauhan nampak snow cap kat gunung ganang.Cantik giler. Aku n asben  jelah dok ber wow..wah..kagum hehehehe..bebudak tidur. Sebelum ayie tidur suruh dia snap gambar sebab belah kanan yg cantik ada gunung ganang.

cantikkan.





Berhenti nak ambik gambar ngan sheeps...dorang paling pandang kita...pastu jalan tinggalkan tempat tu..kalau tiada gangguan bebiri ni memang duduk setempat je kat situ. Busuk huhuhu. Kalau bukak tingkap tgk lembu...bebiri mmg busuk.







Kami stop utk lunch kat pekan Geraldine. Ada tandas awam kat sebelah tu ada bangku ngan meja...apalagi jum ler kita picnic..tetiba matahari memancar plak. Tapi sebab sejuk..okay jelah. Makan roti dgn pisang je...minum susu.

Kita sambung perjalanan semula melepasi beberapa pekan. Dah dekat nak sampai Lake Tekapo nampak plak snow tepi2 jalan...jakun ler kejap...tengok ada kereta berhenti...kami pon stop jugak ler.
tengok salji memutih..huwaaaa...yelah mana pernah sampai negara bersnow lagi huhuhu.


Cantiknya

berlari2 semua pi main salji






video




Macam lukisan sangat


Dah dekat nak sampai Lake Tekapo...kita sambung nanti.




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook