Percutian ke New Zealand 2016 -Lake Tekapo

January 19, 2017




Dah dekat jam 4 ptg kami sampai Lake Tekapo. Cuaca pon dah nak gelap. Yang tak best kalau winter ni cepat gelap. 


Cantiknya tasik ni.


Pergi check in dulu

Rumah kami memang betul2 mengadap tasik. Ada 4 bijik je rasanya. 
Lake Tekapo Motel & Holiday Park.
Aku booking melalui Booking.com je. Dalam 500 lebih semalam.

Mmg strategik sangat .

Dalam rumah pon puas hati. kalau nak book kena cepat-cepat...sebab view dia Masya Allah...

Kalau yang datang dengan motorhomes boleh jugak sewa tapak parking. Ada disediakan tempat mandi dan pantry.





Bukak sliding door terus ruang tamu yang kecik ada sofa...meja makan dan dapur. Rice cooker pon ada.



Bilik utama ..tingkap mengadap tasik.

Ini bilik kedua ada 3 katil. Semua tilam ada heater.


Bathroom yang cantik kemas


Dalam jamban pon ada heater.





Cantikkan pemandangan dari rumah kami. Lenkali nak dtg bercuti sini duduk 2-3 malam hehehehhe


Bila winter dan salji tebal memang tasik ni akan beku. Dansalji memutih depan umah tu. Ni dah penghujung...salji dah cair





Che Ta dah bergaya tu...pegang beg kamera bukan LV kihkihkih

Kami masuk umah dulu pasal ada plak yg nak membuang...dah kemas itu ini...sekali dah lambat nak pi main snow tube..huhuhuhu

Dia tutup jam 6 ptg...huwaaaaaa.

Lake Tekapo Spring ni sebelah umah jer...naik kereta lah...tak kuasa nak jalan kejap lagi gelap.
Kat sini ada kolam air panas. Boleh main tube...ice skating.

So dapat main ice skating jelah. Sejuk nak mampus heheheh...Masa winter malam sangat sejuk. Ramai gi mandi air panas.






mama n abah pi dating minum hot choc. Sejuk weiiii..


Dah gelap kami pon balik sebab nak memasak. Lapar dah.


huru hara dapur.

Susah pakai dapur ni ..x panas

Aku masak lomak cili api ayam. 



Sedap ler makan dalam kegelapan malam dan kesejukan. Luar gelap ler tak nampak apa.

Lepas makan kemas2 dapur...apalagi tidur. Sedap le sebab heater berfungsi.

13 Ogos 2016 
 Sambil memasak subuh tu sambil snap gambar kat luar.





Bangun pagi siap2 masak untuk bekal lunch nanti. Kami nak gerak ke Queenstown plak. 

Sambil masak sambil ambik gambar luar rumah...lupa nak ambik gambar matahari terbit.



Goreng ayam nak masak merah...giler ler minyak tak panas pun... mujur ada rice cooker besar kat situ...jenama singer...aku bawak rice cooker cinonet jer. 

Dapat ler goreng ayam dalam rice cooker. 

Makan pagi maggi goreng rasanya ...lupa dah. 

Kemas-kemas barang. Dorang seronok mandi pakai water heater. lama plak mandi.

Lepas makan sesi photography plak.




 Feeling2 tuan punya rumah



pergi check out dulu .
Memula dulu berangan nak sewa motorhomes macam kat atas ni...aku takut anak2 aku yang ganas ni bersuka ria dalam tu ...roboh plak kang.

 Matahari terik pulak tapi sejuk ler tu yg best.













Tasik ni memang tak de orang mandi.


 Banyak itik kat situ..tapi ada amaran ler jangan bagi makan.







Lepas tu kami gerak ke Good Shepherd Church
Matahari terik sangat susah nak tengok sekeliling heheheh



Anjing punya statue ada kat belakang nun...malas ler nak bergambar






Okay kita teruskan perjalanan ke Queenstown..tapi nak gi jugak singgah Lake Pukaki dan Mount Cook. Rugi plak tak jejak.










You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook