New Zealand 2016 (10-16 Ogos 2016)

January 18, 2017


Cantik sangat pemandanganan ni...sampai sekarang teringat-ingat kat new zealand. Gambar tak edit..tapi pemandangannya seperti lukisan.

Percutian ni dirancang untuk pergi berdua asalnya. Aku beli tiket bulan januari masa AA buka route ke Auckland. Saja gatal-gatal nak bercuti berdua lagipun cik hubby minat sangat dengan baju Canterbury .Hahhaha lagipun view yang cantik giler kan. Pilih-pilih date yang tiket murah...sekali time winter. Penghujung winter sebenarnya...Pergi berdua, anak-anak tinggal mana? Mujur ayie ada motor dan lagi dua tu arrange kan nanti duduk umah nenek. Tu pasal tak pergi lama sebab memikirkan anak2 sekolah . 
Tapi takdir Allah tiada siapa menduga. Mak pergi menemui Ilahi pada 26 Mac. Macamana dengan bebudak ni huhuhuh. Terus aku booking tiket untuk mereka walaupun berdebar takut bertembung date trial spm huhuh. Sebab ada plak yg sedih ditinggalkan. Alhamdulillah ada rezeki dapatlah dorang ikut. Kebetulan AA tgh ada tiket murah ke Auckland. Tapi sebab Hafiy umur bawah 13 xboleh beli tiket online yang murah. Sebab ayie pon belum 18 thn ...so tiket dia beli asing kene call AA...rege pon mahal. So dari percutian bajet jadi bertambah2 ler kosnya.

Mula dari bulan 2 lagi aku dah start beli sikit-sikit segala persiapan. NZ kan musim dia berbeza masa dengan negara 4 musim yang lain. Jadi masa bulan 3 dan 4 dah hujung2 winter kat kedai2 byk jual murah jaket, muffler, dll...bila jumpa jer terus aku beli. Ada jugak yang aku beli online dari china spt winter coat aku , winter glove. Bebudak ni beli kat bundle jer sebab tak lama pakai kang membesar dah tak muat.
 Ini winter coat yang aku beli online dari China rm 54 jer.
 Biasalah tekak melayu kena beli ler makanan melayu. Beli kat kilang dia lagi murah.Aku bawak barang makanan satu beg. Penuh ler rice cooker kecik molek cukup utk 5 beranak. Beras beli kat sana jer. Maggi jangan dilupa. Roti jugak.
 Ini aku beli kat Daiso senang bawak masuk toilet .
Post kali ni aku citer pasal persiapan jer dulu. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook