New Zealand 2016 (10-16 Ogos 2016) -Milford Sound

January 20, 2017

14 Ogos 2016


Hari ni kami akan naik cruise. Ni yang dinantikan. Tapi dari Queenstown jauh gak nak sampai ke Milford Sound...selalu orang bermalam di Te Anau.
Aku dah booked tiket cruise online jam 11.45 pagi. Paling awal 9 pagi kut tapi mmg tak sempat ler .

Jadi supaya tak kelam kabut terlewat ...kul 4 pagi aku dah bangun...kejut2 semua ..dah ler tidur tak cukup...huhuhu...kul 5 pagi kami dah gerak dalam kegelapan pagi dgn tiada kereta dijalanraya.
Gelap jadi tak nampak pemandangan..tatau kiri kanan tu apa.

2 ke 3 jam gitu kami sampai Te Anau. Nak berhenti toilet semua tutup. Kami stop untuk singgah pasaraya FreshChoice. Beli pisang, roti, jem, biskut , air mineral, potato chips Blue bird. Coklat whittakers murah plak kat situ tapi tak jadi beli ..biar dulu.


Kami teruskan perjalanan ke Milford Sound...harap jalan tak tutup. Dalam kereta aku sapu jem kat roti...makan dalam kereta jelah. jimat masa. Bebudak pon suka jugak jem strawberi .




Hujan plak ...jalan sini mencabar sikit...licin.

makin jauh makin jumpa kiri kanan snow


cik hubby seronok sangat dapat drive dikelilingi salji.









Kami sampai kat terowong. Sehala je dalam satu masa. 
Lampu merah so kami kene tunggu.


burung ni nama Kea..memang selalu org jumpa masa stop kat sini. Dia akan datang kat kereta...katanya dia suka gigit getah hehehe


Inilah terowong tu. Dalam 1.2km rasanya. Kalau snow teruk mmg tutup.






kami sampai ke tempat parking dalam dekat jam 10 pagi

kena berjalan dalam lebih kurang 20 minit.






Kami sampai kat jeti terus pergi redeem tiket.




ini tiketnya

relaks dulu sementara tunggu cruise bertolak.

ada hot chocolate jual kat mesin...sedap plak tu sejuk2 minum panas.



Itu company cruise yg boleh kita pilih...kebetulan ada plak org malaysia perempuan dtg lapor diri keje sini.


biasalah bebudak ni...tak sah kalau tak bergumpal.




boring kat dalam posing kat luar plak








cruise kami udah sampai.
3 tingkat...kami duduk tingkat tengah tu...kalau tak hujan boleh lepas atas sekali ada kerusi.
Tingkat bawah sekali ada cafe.
Tingkat tengah ada free tea n coffee



kami jer sefamili dari malaysia time tu.


 asyik buat air je dorang ni...sejuk sangat pasal hujan kat luar jadi ramai lepak sini.




















Kalau tak hujan selalunya sesak atas ni...terutama summer...mmg semua duduk atas...ni sejuk ..dorang duduk bawah je




wajib le dorang bawak tgk singa laut nih.

dekat 2 jam gak naik cruise tu.
Nak ke kereta hujan plak...redah jelah.
Kami akan patah balik ke Queenstown.






Kami stop kat Te anau. Ada kedai souvenirs org malaysia kat situ tapi mahal sikit...kami pergi kedai lain memborong kat situ...murah dan banyak jugak pilihan.

ni kedai org sarawak tu

kami gi Kowhai gifts


Nak balik jauh gak ni...nak kejar sekali lagi ke Skyline gondola
Baru ler nampak pemandangan hala balik tapi kami ni belum tengok lagi Queenstown di siang hari. Lake Wakatipu tu belum lagi tgk kecantikannya.

Kami sampai dah gelap jumpa dah ke skyline tapi tatau sempat tak tgk show...berkejar kami dorang kasi naik tatau rupanya show dah mula dan itu yg terakhir. Yang 8 mlm x ada sebab tiada org...huhuhu
Dah le naik gondola curam menegak keatas. Mujur gelap pasal kami anak beranak gayat..
Macam2 doa dua beranak tu baca hahahah...setiap gondola muat 4 orang. Jadi naik 2 gondola.

Sampai atas mujur sempat ler menari sekali show tu..

Melayang dekat rm900  kejap je kat atas sebab dah malam..gelap tak nampak view.






semua ni disusun dari kacang






tak dapat main luge ni sebab sampai kul 5 je rasanya



kami turun balik dan pergi semula ke Queenstown mall....pergi cari makan. Makan kat turkish kebab.

Kesian bebudak lapar. Jumpa sorang mamat melayu ni yg dah migrate Australia...borak2 ngan dia..dia byk kali dtg kali ni jd tour guide pada famili pakcik dia...dorang duduk kat apartment kawasan lain...dia sewa hostel backpacker kat town. Dia suruh pergi Glenorchy sambil tunjuk video dia....


Kami kemudian pergi kedai Df souvenirs semula. Rupanya memang tutup lewat malam...ingatkan tutup awal time winter.

Dah tutup habis kedai2 kat situ kami pon balik hostel. Tidur le penat.















You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook