Percutian ke Amsterdam 12-23 Apr 2017

May 08, 2017







Antara tempat2 yg sempat kami cover sepanjang percutian : -




1) Amsterdam City Centre




2) Keukenhof Garden3) Giethoorn4) Zaanse Schans -5) Zaandam6) Volendam7) Marken8) The Hague9) Rotterdam10) Alkmaar11) HaarlemDay trip ke :-




1) Belgium >> Brussels + Brugges (venice of the North)




2) Germany >> Cologne

Kami pergi berempat...kakak sulung, kakak no 3 dan anak kakak sulung.

Flight kami awal pagi. 12 April jam 2.55pagi. Tapi hari selasa petang tu dah balik awal kerumah sebab malam plan kul 8.45 nak gerak ke KLIA dah. Berkumpul kat umah mak. Tapi hujan le plak KL so ada yg tersangkut LRT. So lambat le sampai Bangi. Dah sampai ada plak tertinggal IC. Patah balik umah semula....Belum pergi dah ada drama...hahahaha.





Kami dapat naik ERL yang jam 10.20 mlm. Sampai KLIA...turunkan beg dulu sebelum kakak pergi ambik pocket wifi yang disewa kat KLIA2.

Kaunter Qatar Airways bukak lambat. Kul 12 lebih baru terhegeh2...Line dah panjang. Selesai drop bag kami pergi makan kat McD..tu jer yg buka. Lapar x makan malam lagi. Boarding time 1.55 pagi.





Dah masuk dalam flight ...delayed plak . Perjalanan makan masa 16jam 25min. Transit kat Doha. Sepanjang dalam flight tak dapat nak tidur...tgk movie ler....segala hindustan movie tengok. Best plak citer2 nya.




So pukul 5.25 pagi waktu Doha kami sampai Hamad International Airport. Sepatutnyalah tapi pasal delayed jadi lewat sikit sampai. Perjalanan 7 jam 30 minit. Sampai cuaca terang benderang kat sana. Matahari dah memancar. Jauh plak naik bas ke terminal.






Sampai jer beratur panjang terus untuk screening. Penat nya....lama gak....sekejap je dah kene boarding 6.30 pagi. Flight kami gerak 7.30 pagi ...makan masa 6 jam 50 minit . Huhuhuhu kematu bontot...

Kami sampai Schipol Airport Amsterdam jam 1. 20 tengahari.




Sejuk giler wehhh. Suhu 8 celsius. Sampai je lepas ambik bag terus pergi kaunter Short stay group untuk check in apartment.




Kami tinggal di Amstel Delight Apartment 1 di Rustenburgerstraat.

Sampai je mata dah membulat tengok souvenir yang dijual hahahha kami kan giler souvenir...ada orang souvenir je dekat 30kg hahahha.






Kemudian pergi beli kad ov chipkaart di kedai AKO ( kedai buku) atau kat kaunter NS. Kad tu harga 8.50 euro. Tambah nilai dan minta dorang activate kad. Kami tak diactivate nya....dah turun bawah baru teringat kene touch in card dekat mana2 tiang utk scan kad.Asyik error rupanya x activate lagi. Beratur balik kat kaunter. Dah activate boleh naik train yang 2nd class.




Pergi ambik gambar dulu kat luar.





Naik train dari aiport sekejap je sampai Amsterdam Centraal.







Dari Amsterdam Centraal kena naik tram no 4 dan berhenti di stesen Ceintuurbaan.







Tram no 4 ni ler kami ulang-alik naik hari-hari.
Petang2 ramai org naik tram. Cuaca plak mendung...sejuk dan hujan gerimis. Beg plak berat nak mampus. Nak menolak dari stesen ke rumah jauh kena lintas jalan ...basikal plak laju2..





.nak tolak beg susah sebab ada rail tram atas jalan. Dah ler baru nak cari jalan kan. Sekali melintas ...beg tertonggeng jatuh ...malu hahahha. Mujur takder tram lalu langgar.



Susah nak melintas bila ada yg takde lampu isyarat...mampus kena langgar tram or basikal hahah.


Ini lorong apartment kami...ini laluan belakang kedai.ada satu lagi laluan tepi canal.



Ini cafe tepi selekoh ke lorong apartment kami...sentiasa penuh petang2 sampai malam.



Pasaraya Albert Heijn ni mmg merata ada.Dekat je ngan rumah.


Jenuh nak menyampai ke rumah sambil mengheret beg berat.
Apartment kami satu bilik. Lengkap dapur. Masuk terus living hall ada sofa bed yg kukuh jugak. Bilik ada 2 single beds. Ada TV, meja makan, Dapur lengkap peti ais, microwave, kettle, toaster, coffee maker dan dishwasher. Free wifi. Peralatan masak lengkap tapi pisau je takde.



Lepas letak beg...rasanya makan maggi ...lepas tu bersemangat naik tram pergi semula city centre berhenti kat stesen Dam .






Jalan2 dalam hujan gerimis. Masuk kedai souvenir. Malam2 happening kawasan situ. Dah sejuk dan gelap kami pon balik rumah. Time malaysia dah kul 3-4 pagi gitu bhuhuhu. Beza dalam 7 jam.







Esok nak bangun pagi sebab nak gi tengok tulip.




Setelah dekat setahun menunggu percutian adik beradik dan anak sedara seramai 4 org ke benua Eropah akhirnya terlaksana. Sekejap jer 10 malam tu...dah balik pon.


You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook