Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 6 : Giethoorn , Netherlands Perkampungan bebas kereta

May 22, 2017


17 Mei 2017







Hari ni kami nak pergi perkampungan yang aman damai . Memang car- free village. Naik basikal or boat je . Giethoorn ni dikenali sebagai Venice of Holland. Terletak 90 km dari Amsterdam.

Untuk ke Giethoorn kami naik train. Sampai stesen steenwijk tetiba kad aku error tak bukak pintu...tetiba tgk mcm potong duit byk ...huhuhuhu...hampeh sungguh.


Kami naik train dari Amsterdam centraal. Rasa ada tukar train diantaranya. Tapi sorang pon tak ingat ..lupa ingatan belaker camana sampai kesana...huh. Yang penting katanya dah sampai...lantaklah naik apa..turun mana.


So uolls kena gugel le camana nak sampai sini, nak naik kereta ke..bas ke..train ke...tapi aku tolongkan korang gugel...kalau nak naik train yer.


Take the train from amsterdam centraal to steenwijk..then bus 70 to geithoorn.There will train change in amersfoort to zwolle. and change train in zwolle direction leeuwarden, getting off in steenwijk..then bus 70 takes you to geithoorn


  1. Take the train from Amsterdam Central Station to Amersfoort*.
  2. Change trains in Amersfoort. Take the train to Steenwijk*.
  3. In Steenwijk take bus 70 to bus stop 'Hotel Giethoorn'. Train from Amersfoort to Giethoorn.
  4. Approximate travel time: 2.5 hours.


Dua jam setengah upanya naik train..aku pon lupa berapa lama. Yelah tu rasanya.



Sejuk giler arini. Angin pon kuat. 





Dah turun bas , jalan kaki sikit sehingga sampai tempat sewa boat dan basikal.






Kami terus pergi tempat utk sewa boat. Nak bawak sendiri. 1 jam 22 euro (kalau berempat)
Boleh pilih boat untuk self driving. 4/6/8 orang dalam satu boat. Kalau rasa tak berani nak pandu, boleh naik boat besar yang tulis kat atas tu Rondvaarten Tours. Kalau nak bawak boat sendiri boleh ler bawak sampai lobam. 



Inilah boat yang naik ramai-ramai.

Kami ambik 2 jam. Aku yg kene bawak ...yang lain jadi mem bergaya je atas boat.😊 Boat kami no 20. 



Pekerja tu ajar camna nak handle boat ni....memula start je dah langgar semua boat yg parking situ heheheh. Yelah start je terus kelajuan maksimum .




Memula muka cuak je..stress...nampak tu stress...takut langgar boat orang...takut boat terbalik heheheh....lelama dah mahir merempit terus. Siap drift lagi.






Laluan kecik je dan kiri kanan umah yg cantik2. Ada itik-itik berenang mendekati boat kita...sangat jinak. Sekali boat bunyi macam haper...takut itik tersangkut kat kipas boat je hahhahaha..



Itik jinak boleh pegang-pegang lagi.






Sampai kat kincir kami stop bergambar. Kawasan tu luas.






Drebar boat nak posing ala model kejap...heheheh
Banyak dah boat melepasi kami. Kami je yang stop situ untuk bergambar.

Drebar boat dah pro...boleh bawak boat sebelah tangan



Bila gerak semula tengok umah2 dah takde...tengok kawasan tasik yang meluas...huhuhu...
panik dah semua ingat salah jalan. Tapi sebab nampak boat2 lain dari jauh so kami teruskan...lambat gak boat gerak...takut gak sebab tak pakai life jacket. 






 Nampak tu betapa luas dan dalam. Mujur tak hujan time ni ..kalu tak meraung dah semua. 




Sempat lagi drebar boat makan apple sebab lapar...hahahaha...don't drive and eat okay.

Tengok tu jauh umah2 tu ..kami kat tengah tasik.




Dah sampai balik laluan kecik ...ada ler sorang mamat pelancong dari Jakarta ni berlari ke tebing ..


pandang kagum giler tgk aku bawak boat ..hahahah...dia ingat retis mana ler agaknya hahaha. Perasan plak ai.


Dah habis masa 2 jam...kami pulangkan boat. Minum hot choc dengan makan roti bekalan dulu kat tepi kaunter ada vending machine dan tandas. . Ingat nak sewa basikal tapi sejuk plak nak kayuh. lagipun jalan sempit dan susah nanti nak ambik gambar.   So kami berjalan kaki ke kawasan rumah-rumah tadi untuk bergambar. 



 Unik betul pokok ni



 Terdapat juga museum disini.

Rasa nak menangis tengok kan














Memang tak puas lah round perkampungan ni. Kita juga boleh bermalam disini..Ada disediakan bed and breakfast jika hendak menginap. Memang jarang orang Malaysia yang melancong ke negara Belanda singgah kesini terutama yang menjelajah Eropah...sebab mereka hanya singgah sekejap terutama bandar besar seperti Amsterdam dan Rotterdam. Jika ke Amsterdam tempat wajib mereka kunjungi hanyalah Keukenhof dan Zaanse schans windmill. So uolls kalau ke negara Belanda jangan lupa masukkan Giethoorn dalam itinerari anda yer.


Masa nak balik tgk langit gelap. Tengah tunggu bas nampak macam hujan dari jauh...tetiba melantun-lantun ais kene muka...rupanya hujan ais. Mujur tak hujan ais time bawak boat. 



Sakit jugak muka kena ketulan ais nih .



Kami balik ke Amsterdam dan terus balik umah. Stop beli telur ...malam ni masak sardin, telur dadar dan sayur campur cendawan...laju bertambah. 

Sudah kenyang...layan media sosial...dan lelap terus.

You Might Also Like

3 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook