Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 7 : Seharian di Koln, Germany

May 23, 2017


18 April 2017


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni kami daytrip ke Cologne, Germany. Ataupun Koln. Tak sangka dapat jejak ke Germany. Walaupun hanya ke bandar yang paling dekat sempadan . 





Kami naik ICE high speed train. Dalam 2 jam setengah.



Ini kat stesen koln...Cokelat Ritter Sport memang buatan germany. 



Sampai stesen pergi singgah Starbucks dulu beli tumbler. Murah sikit harga kat sini berbanding kat Amsterdam. Kat Brussel aritu tak jual tumbler.

Keluar dari stesen terus tersergam depan mata  Cologne Cathedral. Bangunan church ini yang keempat tertinggi di dunia. Dibina pada tahun 1248, tapi mengambil masa yang lama kerana ukiran-ukiran yagn terdapat pada church ini memang sangat halus dan teliti. Siap hanya pada tahun 1880.

Cuaca memang tersangat sejuk..huhuhu...memang tak tahan...mujur sentiasa bawak glove. Sakit otak2 rasanya kalau sejuk sangat hahahah...Kejap cuaca mendung...kejap mentari ada..kejap turun hujan gerimis.





Pastu kami gi cari bus hop on hop off yang dah kami booked.




Dah penuh bas ada ler sikit seat. Ambik headphone tuk dgr penerangan dalam english....kami round Koln...tapi terlelap jugak aku hahahhaa...ngantuk.





 Boring sampai terlelap....





Ini semua antara gambar2 yang diambil dari dalam bas.



Habis naik bus kami bergambar kat Cathedral yg besar giler.





 Sejuk sangat cuaca. Memang tak tahan. 

Pastu kami jalan2 tepi Rhine River...Hujan gerimis dgn sejuk...kami duduk bawah jambatan bukak bekalan nasi. Udah cam gelandangan hahahha.

Nak makan pon sejuk tangan...mujur ada sudu...memang tak bukak glove...terlampau sejuk sebab hujan.
Dah selesai makan kami naik jambatan.

Jambatan tu adalah Love Locks Bridge. Banyak padlock tergantung situ. Kuncinya dorang campak ke Sg Rhine tu.

The Hohenzollern Bridge (German: Hohenzollernbrücke) is a bridge crossing the river Rhine in the German city of Cologne (German: Köln). It crosses the Rhine at kilometre 688.5.







Cuaca kejap mendung kejap terang. Kami berjalan2 tepi Rhine River sampai ler ke deretan kedai. 





Great St. Martin Church and colorful houses in Bavarian style of Cologne. Cologne,






Cari kedai sourvenir...jumpa yg kecik2..beli jugak ler....aku kata mesti ada kedai2 yang lebih besar jual macam2. Semua sibuk nak stop kedai kecik tu,
Beli ler jugak takut tak jumpa kedai nanti...tapi tak pilihan sini...baju dan sweater takde.

 Kami berjalan sampai jumpa kawasan shopping street....macam2 kedai berjenama. Sini memang tempat tumpuan pelancong. Memang ramai orang. 














Jumpa satu kedai jual jaket kulit murah2...menyoping kat situ.



Jaket kulit dari china...dalam 10-19 euro.

 Ada jugak kedai2 jaket kulit yang ori memang mahal le 400 euro keatas. yang bawah ni ler harga ratusan euro.









Jalan2 lagi dah dekat nak sampai Cathedral semula nampak satu kedai souvenir ..ini baru best....memborong sweater, tshirt dll disini. Cashier dia beria tolong aku jagakan backpack aku...sibuk tanya dari mana pastu sibuk bgtau dia dari Turki.Hahahaha... Memang baik pekedai tu dan staf perempuan elok je layan cari size. takde nak merempan merengus mcam kat Brussels.




Yang lain soping kat situ dapat free beg kecik (tote bag) tu saje. Aku pasal memborong tak hengat...dia bagi lagi satu beg canvas free besar gedabak . Beg kecik tu kalau jual pon mau lebih dari 5 euro.Kedai lain takdenya bagi beg free gitu.
Recommended ini kedai...hihih.

Lepas soping bagai nak rak...berposing semula kat Cathedral tu...masuk jugak kat dalam tapi tak selesa lah ..seram je rasa...laju-laju keluar.








Kami balik naik train kul 9 malam...dekat tengahmalam le sampai. Sebelum tu minum2 dulu kat Mc Cafe.






Sambil guna wifi kat situ ..terus wassap tunjuk sweater yang dibeli.


Semua tidur dalam train.. dengar announcement ada sebut centraal semua laju turun...padahal Utrecht centraal hahahaha....lari laju masuk train balik.

Sampai dah tengah malam ..pintu2 dah tutup...kami touch kad ov sekali duit kene tolak 20 euro...huwaaa....ada yg menjerit2 marah tengah malam. huhuhu...


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook