Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 8 : Amsterdam City Centre

May 29, 2017

19 April 2017
Bloemenmarkt.



Pagi ni semua bangun lewat. Semua malas nak bangun. Kepenatan balik lewat dari Jerman atau pun memang penat sebab dah 7 hari berjalan kaki saja.

Sepatutnya hari ni kalau ikut jadual pergi ke Rotterdam. Tapi sebab penat ,jadi hari ni tukar plan gi shopping kat Flower market  atau dalam bahasa Belanda , Bloemenmarkt.




Bloemenmarkt ni satu-satunya floating flower market di dunia. Dibuka pada tahun 1862 di Singel antara terusan Muntplein dan Koningsplein .Ia dibuka dari Isnin-Sabtu jam 9pg-5.30 ptg tapi kalau Ahad lambat sikit jam 11-5.30 ptg




Katanya kat sini souvenirs murah-murah dan banyak pilihan. Memang tempat jual souvenirs dan juga benih-benih pokok tulip dan lain-lain pokok bunga.


Kami pergi ke Amsterdam Centraal dahulu untuk top up kad ov. Then dari sana kami ambik tram centraal kemudian ambik tram ke Flower market. Boleh naik tram no 1.2 atau 5 dan stop di Koningsplein atau  no 4, 9, 14 atau 16 dan stop di muntplein.

Keluar dari centraal terus nampak tram no 2, apalagi terus naik dan stop di Koningsplein.
Turun tram  blur jugak mana nak pergi. Tanya jelah orang kan. Terus dia tunjuk...oooh dekat saja dengan tram stop tu.  

Rasa penat melampau dari rumah tadi macam taknak keluarnya perasaan hari ni ...mau tidur dan rehat dirumah sahaja . Tetapi sebaik nampak deretan kedai souvenirs terus hilang penat. 





Nampak tu...bila stop di Koningsplein, Yang sepanjang warna purple tu deretan kedai. 





Sini memang banyak jual souvenirs. Rasanya kami jer bertiga yang menggila beli hahahaha...Lama gak kat situ...


Benih-benih pokok...seronoknya kalau tinggal kat sana so boleh ler beli untuk tanam dirumah.


Dijual dalam peket-peket.

Draw string beg yang dijual atas kepala kami tu harga dalam Euro 3 dan 4. Aku beli untuk anak2 lelaki aku. Dorang suka beg begitu pakai time exam.

Cuaca memang sejuk sentiasa...memang tak tahan tangan kesejukan.
Tulip-tulip kayu 3 for Euro 5.



 Mary & Juana....Marijuana coklat ...



Katanya boleh bawak balik kampung. Ada berani ker? Kang sampai Malaysia kene tangkap heheheh.




Aiskrim cannabis pon ada.






Bekas salt and pepper ni berkenan sangat tapi masa ni tak beli lagi. Tgk harga euro 5.95...masa gi Volendam jumpa satu  kedai souvenirs yang memang barang2 dia murah2 harga dari Amsterdam City. Beli kat sana,


Suker betul dengan Fm berbentuk kedai-kedai tu.

















mahal le kut kaktus nih kan. 3 ketul dekat Rm 50. 







 Banyak jugak jual cheese disini.




Deretan Bloemenmarkt yang terapung tu memang takde jual t-shirt utk souvenirs...deretan kedai berdepan dia tu ada beberapa kedai jual t-shirt, sweater dan beg.


Sejuk sangat ..takde plak toilet berdekatan. Memang susah nak cari toilet free. Pekedai tu cakap nak ke toilet pergi ke McD. Ingatkan free. McD pon charge 50 sen. Mahal ko nak terkencing pon dah lebih rm 2. Punyalah sesak McD masa tu...toilet kat atas...ada acik ni jaga...sangat tegas orangnya ..ada jugak yg xmo bayar. acik omputih tu bahasakan sikit dgn lembut je tapi tegas,,heheheh..


Rasa lapar so stop makan kat kedai turki ni.


Tak sedap plak kedai ni punya frites....keras.



















Hahahaha...rasanya kat flower market tadi...kami bertiga je yang borong sakan. Orang lain beli seketul dua je souvenirs. 

Semasa naik tram kembali ke Amsterdam Centraal , terhibur plak dgn abam drebar tram. Setiap kali tram sampai kat stop dia akan ada pengumuman..selepas pengumuman tu ada je abam drebar tu menambah dgn gaya kelakar. Masa turun intai ler dia...wow muka macam Bruce Willis.

Hari pon beransur petang...penat sangat soping ..kami balik rumah terus ... tak jadi gi Albert Cuyp


Antara yang dibeli tadi....ada banyak lagi beli tadi hehehe. Best jugak selipar bentuk terompah kayu tu...nak beli terompah kayu berat dan tak pakai. Yang di boleh pakai dalam rumah.



Balik umah baring rehat. Dah lewat petang sikit kena keluar jugak gi Albert Heijn sebab beras dah nak habis. Aku memang suka kalau gi pasaraya kat luar negara....best je tengok barang-barang dia.






Murah jugak air kotak buah 1.5liter ni tak sampai rm 5





ni hasil membeli tadi di Albert Heijn. Pasaraya paling dekat dengan rumah dalm 4 minit berjalan.,



Strawberi murah sangat sini






Malam ni makan ayam goreng auwww sedapnya...

You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook