Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 11 : Haarlem dan Albert Cuyp market

June 16, 2017


Dah sampai hari penghujung di bumi Holland.
Flight kami malam dalam jam 9.30 mlm. Jadi sempat lagi lah nak gi jalan-jalan . 

2-3 hari ni memang risau memikirkan beg .hahahah...yelah camana nak bawak beg besar dengan beg kecik dua buah lagi ke stesen tram . Sling bag dan satu lagi beg kecik letak souvenir yg fragile. huhuhu...

Memang kena keluar pagi-pagi masa orang tak ramai naik tram...tapi camana plak petang nanti time orang ramai kami nak naik train ke airport. Train tinggi tangga plak ada gap.

Jadi malam tu dah berpeluh mengemas beg yang berat nak mampus...2 beg nak kena cukup 30 kg. 
Beg yang bwk naik cabin dah terlebih 900 gm huhuh..


So pagi tu kami bersiap awal keluar rumah jam 6 pagi. 


Huhuhu...orang lain heret satu bag..kami beg tak sah kalau tak beranak.

Kami naik tram ke Amsterdam centraal...sebab pagi lagi so memang tak ramai orang...semua terkejut kut tgk beg kami yang banyak macam nak pindah hahahah.

Mujur masa sampai tu mamat sorang tu tolak angkatkan beg..risau dia tgk kami kihkihkih

Kami pergi ke tempat simpanan beg. Nak simpan beg kene pakai kad kredit.

Gambar ihsan google

Luggage storage ni dekat je ngan pintu masuk dari luar stesen tram tu. Ada dua size storage kecik dan besar. Yang besar memang muat beg size 28.

Memang bayar pakai kad kredit je. Size besar euro 10 dan size kecik Euro 7

Cara dia masukkan beg dalam storage...tutup pintu akan keluar no. simpanan kita kat screen. Masukkan kad kredit..selesai bayar dia keluarkan tiket.

Selesai urusan simpan beg. Kami bercadang ke Haarlem. Niat nak sewa basikal dan merempit di ladang tulip hehehhe. 

Kami naik train ke Harleem. 15 minit jer. 


Tatau le kenapa hari ni memang sejuk giler sangat kat Haarlem. Sampai tak mampu otak nak terima kesejukan.

Kami berjalan ke sebelah stesen ada tempat sewa basikal. Mahal gilos euro 10. Lupakan jer niat...lagipun rupanya memang jauh giler kalau nak kayuh ke ladang tulip tu. 

Jadi kami cadang round-round bandar Haarlem sahaja.

Kami naik bas dan berhenti kat tengah-tengah bandar dan berjalan kaki cari  Grote Markt.

The Grote Markt is the central market square of Haarlem, Netherlands. .






Jalan-jalan jumpa gerai kibbeling ..dengan sejuk kelaparan  le pulak...beli lagi kibbeling dan makan sepuasnya  


Cathedral of Saint Bavo



Archeologisch Museum Haarlem




Macam-macam dorang ni ubahsuai motor







Comel jer naik basikal dgn anak.





Stop kejap di cafe CoffeeDate ni minum Hot Chocolate. Dan tumpang toilet. Sejuk sangat kat luar tu.


Dah selesai panaskan badan...kami pergi ke tempat tunggu bas nak balik ke stesen Haarlem.

Dah sampai ke Amsterdam..jalan-jalan disekitar Damrak baru teringat tak pergi lagi Albert Cuyp yang dekat je ngan rumah tapi tak pergi-pergi lagi.

Kami naik tram tak ingat plak no berapa.



Albert Cuyp market ni pasar terbesar dan terpopular disini.
Dah wujud sejak 1905 lagi dibuka Isnin- Sabtu jam 9 pagi - 5 petang.

Ada 260 gerai jual pelbagai makanan, buah, sayur, cheese, baju , cenderahati, kasut , toiletries, barang jahitan, segala benda lah...memang rugi sungguh gi lewat huwaaaaa..tatau mana nak sumbat sebab murah giler sampai sekarang teringat-ingat boot kat situ. 



Segala mangkuk ayan ada 

Sedap tapi manis yang amat.























Panjang jugak pasar ni ..kami jalan sampai hujung.




Ada gerai jual ayam drummer yang maveles giler...huwaaa sedap woiii...dah ler dia kasi rasa dekat seketul...terus beli  dan makan dengan lahapnya. Halal yer jangan risau.


ni betul-betul sebelah Primark.



Sempat lagi belek-belek baju tu...


Hari ni cuaca kejap-kejap hujan gerimis..kami balik semula menuju ke amsterdam centraal. Dan stop makan kat kedai kebab.



Tangan sampai letak bawah peha sebab sejuk hihihi...

Lantak le orang sebelah merajuk takmo makan..Buleh plak ai makan habis sehidangan tu. Sedap plak makan daging. 

Kami pergi awal ke airport...ni pon gerun memikirkan nak angkut beg naik train.

Berdiri jelah kat ruang dekat pintu train...senang kang nak campak beg masa turun.

Kat airport pon terjadi drama jugak hahahahha...hala datang drama melintas...hala balik drama naik escalator ...ada plak yg terpress troli masa naik berpusing ler troli sarat beg tu jatuh menimpa yg dibelakang...trauma orang tu nak naik escalator pastu hihihihi.

Kami pergi timbang beg dulu ...Limit 30 kg...beg aku dua buah cukup-cukup 29 kg...hahhaha...

tapi ada yg sorang ni beg dah terlebih kg ...beg plg besar penuh souvenirs je lebih 30 kg hahahhaha...beg satu lagi pon terlebih ..jenuh pindahkan barang.


Terus pergi nak check in...panjang giler barisan ..kaunter masih tutup lagi. Masa ni pon ada yg ke toilet...pastu soping tumbler starbuck...org dah check ini dia baru sampai huhuhu kena beratur belakang semula. 

Lepas dah campak beg masuk kargo..kami lepak starbuck ...then habiskan sisa-sisa wang syiling yg tak laku kalau nak tukar nanti. Beli payung tulip dan beberapa lagi souvenirs.

Staff Qatar airways dah bgtau tadi pergi cepat boarding sebab panjang barisan..kami masuk awal dah panjang pon utk pemeriksaan beg. habis kene bukak jaket...bukak boot...beg aku pon kene gelidah siap dia pi bukak payung saja je pekerja bangsa indon tu. 

Masa beratur nak cek passport peramah plak org belakang ni tegur rupanya peserta masterchef ...

Fuhhh...bermulalah perjalanan 6- 7 jam ke Doha...nak tgk movie tapi tertidur ...ingat lamalah tidur jaga-jaga laaa baru 2 jam ..lambat lagi nak sampai.

Kami transit kat Doha lama sikit 3 jam . Sampai Doha lebih kurang waktu sama masa pergi.Tapi jauhnya lah mencari gate.

Kami sampai kul 10 malam waktu malaysia...masa tunggu beg ternampak plak si terlajak laris. 

Tengah malam jugak sampai rumah  

You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook