Souvenirs dari Amsterdam

June 22, 2017


Kalau bercuti ke obersi memang wajib beli kenang-kenangan kan. Kami sefamili memang over sikit kalau bab beli souvenirs hahahah....kalau boleh semua nak beli. Semua nak angkut dari sana. Ini semua menurun dari arwah mak ler. Kalau melancung memang beli macam-macam souvenirs untuk anak-anak dia yang tak pergi ...tak der setakat fridge magnet je....macam-macam dia beli. Ada tu sama macam yang dia beli untuk diri sendiri.

Kami adik-beradik plak setiap kali sesiapa melancong kami kirim duit untuk beli souvenir lebih...takde kirim air liur yer...kalau yang pergi tu nak bagi setakat Fm je lah kan. Kalau nak snow globe, beg ke atau lain-lain souvenir kami kirim duit. Tak ler menyusahkan yang pergi tu. 

Percutian baru ni memang seronok membeli untuk diri sendiri ler sebab yang tak pergi sorang jer hehehe...kalau tengok kat kedai-kedai souvenirs memang kami je yang borong sakan 😁😁


Koleksi windmill, clog dari Amsterdam.  Nak beli clog kayu saiz kaki sendiri berat ler nak bwk balik so ada plak jual terompah lembut pakai kat umah. Harga paling murah dapat tu 9.99 euro.

Selesa pakai.


Tengok anak sedara kumpul tumbler starbuck ni ...aku pun sajalah mengikut heheheh...sayang masa kat Belgium takde jual tumbler. Harga boleh tahan gak tu huhuhu..Germany murah sikit dalam euro 10.90..Amsterdam punya lebih 13 euro.


 Yang ni best tokey kedai souvenir kat Koln bagi free. Mana ada kedai lain bagi free gini.



Ini segala miniature dan Fm building yang aku memang bercita-cita nak beli kat Amsterdam.


Miniature rumah ni harga euro 7.50 kat Zaanse Schans...ada diskaun tu kalau tak berbelas euro.


Baju t-shirt  dan sweater yang dibeli .  

Antara beg-beg yang dibeli untuk diri sendiri dan draw string bag untuk anak-anak.


Semua untuk koleksi sendiri beg-beg nama negara dilawati.



Semua untuk koleksi sendiri...mana tak penuh beg 30 kg dgn souvenirs jer huhuhu

Payung pon beli sebab tangkai dia tulip heheheh



Poskad pon beli jugak untuk kenangan.
Dah padat lemari hiasan aku nih hah...kena le beli lagi.Biri-biri pon menyempit kat dalam tu hahahah.

Aku memang tengah start mengumpul snow globe setiap negara. Ini dari tiga negara yang dilawati utk trip kali ini.


Mujur apartment ada bagi souvenirs. Stroopwafels ni manis yang amat.


Ini baru yang tiga negara aku tunjuk. Yang beli untuk trip-trip yang lepas atau trip-trip kakak aku pergi aku kirim pon dah penuh kat umah. Ini umah aku ...lum tengok umah dorang hahahahhaha.


You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook