Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 9 : ZaanseSchans/Zandaam/Volendam/Marken

June 07, 2017

20 April 2017



Hari ni kami nak gi tengok kincir (windmill). Keadaan bibir aku dah makin teruk huwaaaaa....muka dah cengkung...badan makin kurus....seluar dah nak londeh,.ayooooo...takleh selfie nanti buruk nampak .

Kami keluar pagi-pagi dan bercadang pagi ni nak bergambar di sekitar Amstel canal....jalan hari-hari lalu situ tapi tak ambik gambar lagi kat rumah bentuk cantik-cantik kat situ tu.




Rumah-rumah yang unik dan cantik rekabentuk ni dipanggil Dancing house. Ia kat area Damrak. Jadi permandangan ni akan kita lihat setiap kali keluar dari stesen keretapi Amsterdam Centraal.



Ia dipanggil Dancing House sebab tanah kat situ macam paya, jadi rumah-rumah disepanjang terusan terpaksa dibina atas tiang. Rumah ini kekadang tenggelam dek lumpur. So sekarang banyak rumah-rumah kat terusan di Amsterdam condong ke depan.







Arghhhhhhhhhhhhhh....cantik sangat pemandangan ni. Kat situ ada tempat boleh naik cruise...nampak tu banyak cruise. Kami tak naik sebab tak bukak kaunter lagi. Kami nak ke Zanse Schans.Kami naik train sampai ke Zaandijk Zaanse Schans. Dalam train , sipemeriksa tiket berkenan plak ngan warna tudung kami yang terang dan warna-warni.





 Perjalanan dari Amsterdam Centraal adalah 17 minit. Lepas keluar stesen kena berjalan kaki selama 15 minit. Lalu deretan kedai yang masih tutup lagi dengan ramai penunggang basikal sibuk ke tempat kerja dan juga anak-anak ke sekolah Kena seberang jambatan yang merentasi Sungai Zaan. Ada laluan pejalan kaki. Tapi time kami lalu ada plak kapal nak lalu dan jambatan dinaikkan.











Bila dah sampai di jambatan , dah nampak ler windmills dari kejauhan




. Selepas seberang jambatan akan jumpa le Welcome to Zaanse Schans sign. So betul dah ler tu..dah nak sampai. Matahari elok panas memancar. Tapi sejuk tetap sejuk.


Sampai di Zaanse Schaans Windmill kami bergambar sekitar umah2 hijau dulu...time ni tak ramai lagi pelancong...bila sampai je umat dari negara C ...huhuhu serabut jadinya.











Siap beli replika rumah yang sama kat kedai disitu. 






















Kami jalan menyusuri rumah-rumah hijau ini yang merupakan kedai...pagi lagi so kedai masih tutup. Comel betul beg kulit tulip tu tapi mahal .

Okay dah jumpa tempat wajib posing..hehehehhe



Tempat sama orang berlainan hahaha...kanan Che Ta...kiri Che Dy.



Nampak toilet..laju-laju masuk dulu. Belakang toilet nampak tempat wajib posing lagi...matahari tengah terik.




Kincir ni boleh pusing-pusing body dia ke?...sebab kipas hijau  tu mengadap lain. ada orang ambik elok satu arah mengadap dengan kincir yang lain.

Zaanse Schans ini ialah kawasan perumahan di abad ke 18 dan ke 19. Ada muzium roti, gudang buat terompah , kilang keju , pewter dan pelbagai kincir.  

Kegunaan kincir ni dulu adalah antaranya untuk menggiling rempah , membuat cat, memotong kayu dan membuat minyak.




Kami berjalan lagi sampai jumpa satu kedai  minum. Kami stop dan beli hot choc dan dapat sekeping biskut free. 




Ada meja kat luar memang seronok makan dipanas mentari boleh panaskan badan. Kami keluarkan bekalan nasi goreng.
















Luas jugak kawasan ini untuk berjalan. Kami kemudian menuju ke arah muzium.




Ayam-ayam kat sini jinak..boleh ketuk-ketuk kepala dia...ehhh...heheheh...boleh je tangkap terus sembelih



Teringin plak nak makan aiskrim walau tengah sejuk membeku. Euro 2 . Sedap weiiii.




Lepas tu masuk kedai souvenirs. Jumpa replika rumah ni terus beli sebab  murah ada discount..













Habis bergambar disini kami naik train semula dan stop di Zaandam untuk bergambar dengan building yang cantik.








Ya Allah.....Cantik-cantik giler bangunan kat sini. 
Ini hotel tau. Namanya Inntel Hotel.


Dengan bentuk unik dan warna yang terang benderang. Kat sini ada Primark jugak. 


Yang belakang tu pon hotel... easy Hotel




Bangunan yang ada jam ni train station yer.

.





Dah habis posing sini kami naik train ke Volendam pulak. Volendam ni sebuah bandar perikanan



  Keluar dari stesen Volendam kami berjalan kaki .




 Memula stop kedai costume ...kami nak bergambar pakai dutch costume. Memang berhajat sangat nak pakai baju dorang ni . 





Kami dipakai pakaian ini yang katanya untuk ke party. Cengkung giler dah muka degan bibir dah takleh pakai lipstick sebab kering melampau...takde bentuk dah bibir...Pakaian perempuan cantik lagi,,yang lelaki kelakar.



Selesai bergambar kami jalan dan terjumpa kedai souvenir, niat selalu nak beli Fm je kalau kat bandar-bandar ...di Amsterdam baru soping sakan untuk souvenir Holland ni. Sekali kedai ni murah giler plak ...terus memborong macam-macam. 


Kedai atas ni yang jual murah...

Yang bawah ni antara kedai souvenirs yang ada tapi mahal.




  Kami jalan2 dan berhenti untuk makan Kibbeling...nikmatnya makan panas2 dalam kesejukan. mmg sedap giler.










Memang sedap giler kibbeling ni. Kibbeling ini makanan ringan Holland iaitu ketulan isi ikan digoreng tepung dan dihidang bersama dengan tartar sos.

Selesai makan kami naik feri ke Marken.


Membeli tiket feri...kami akan naik feri dan balik ke Amsterdam dari Marken.



Dalam 45 minit naik feri. Tiba di Marken..kami berjalan menyusuri rumah-rumah yang cantik. marken juga kampung nelayan.







Kat Marken ada tempat buat kasut terompah kayu. Boleh masuk tengok dan beli.









Kami berjalan kaki sampai ke bus stop dan naik baik 315 ke Amsterdam Centraal.


You Might Also Like

6 comments

  1. salam singgah.. done followwww :)

    ReplyDelete
  2. Cantikkkkknyaaaaaaaa tempat-tempat diaa...seriusss punye lawa niee.... nak pegi jugakkk...... kalau pegi sini mau sebulan dua bulan puas hati... amsterdam bukan ke dia legal weeds...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri sebelum ni ada akak letak gambar2 coklat...cookies cannabis kalau mau rasa hehehehe

      Delete
    2. Entri sebelum ni ada akak letak gambar2 coklat...cookies cannabis kalau mau rasa hehehehe

      Delete

Like us on Facebook