Aidilfitri 2017

July 07, 2017


Tahun ni tahun kedua beraya tanpa mak dan abah. Sedihnya bila dah bergelar yatim piatu ni. Mujurlah bebudak ni sempat merasa beraya bersama atuk nenek. Walaupun dah tiada kedua-duanya kami tetap beraya dirumah mak dan abah.

------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun ni harijadi Hafiy dan atuk jatuh pada bulan puasa dan raya kedua.

Jadi berbuka puasa semasa birthday Hafiy tu kita makan spesel sikit lah. Pergi buffet ramadhan kat Bangi Golf Resort. Hari last buffet hari tu...pergi lambat padahal umah dekat...so tak sempat nak snap gambar makanan2 yang memang best kat situ.







Tah apa pesen rambut raya budak nih

Churros dengan pencicahnya durian creme ker apa nama..sedap



Birthday boy saja buat muka garang. Dah 11 tahun umur.

Last minit rancang ..so yg lain tak dapat join sebab ada yg kerja lagi jumaat.

Tahun ni aku taknak ziarah kubur di pagi raya sebab sesak ..tahun lepas tetiba nak melabur plak time kat kubur...jenuh lari gi Metropoint. So kami ziarah petang menjelang raya.



Dah sebelas tahun Hafiz anakku ahli  Syurga. Kembar Hafiy. 


Kubur atuk dan nenek dibelakang. Mujur kubur telah dibersihkan.


Al Fatihah buat Abah (2015)

Al-fatihah buat Mak 2016

Rindunya kat kedua-duanya. Birthday abah raya kedua.
Malam raya tu bebudak ni tetap tidur dirumah nenek dengan sepupu-sepupu. 






Entah apalah pesen yang sorang ni lagi punya rambut.


Apa aku masak...satay huhuhuhu....beli jer hahahah...tak larat untuk memasak.





Kurang sorang tahun ni..sebab beraya di UK
Tak balik beraya sebab mama dia pergi kesana nanti 2 bulan,









Lepas bergambar pergi ke kubur plak. Kemudian terus pergi beraya ke Ampang rumah maksedara.




Raya ketiga aku beraya di Kg Melayu Subang melawat nenek tiri asben dirumah anak sulungnya..lupa nak bergambar.

Raya keempat beraya di Segamat...tak bergambar jugak hahahah...teruk sungguh..
Stop di Rnr Nilai sebab nak makan mee wantan heheheh




Balik tu singgah Freeport A Famosa ....macam kat Zaanse Schans plak rasanya






Raya ketujuh plak 


Beraya di Sungai Besi.

Habis seminggu raya.....

You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook