MRT Kajang-Sg.Buloh : Eksaited nak mencuba

July 24, 2017



MRT  (Mass Rapid Transit) dari Kajang ke Sg Buloh dah beroperasi mulai 17 Julai lepas. Tengok ada plak laluan bus feeder ke stesen Kajang lalu di luar perumahan kami. Apa lagi excited ler kami nak mencuba.

Ahad plannya lepas Hafiy training bola ..lunch kat rumah lepas tu nak gerak ler...tapi ada jugak yang terlebih tak sabar nak naik...so kensel masak...kalau abah yang excited okay ler ...memang cepat ler bersiap keluar. 

Cuaca panas..tak larat le nak berjalan dari rumah ke bus stop...naik kereta park dekat guard house . Dah berposing kat bus stop terdelete plak gambar ...haisshh...Bas sampai kemain happy semua. Bayar rm 1 dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Laluan tak jauh sangat dari rumah. 

Sampai stesen Kajang kami naik escalator dan terus beli tiket sehala ke Bandar Utama.




Sekarang tengah ada 50 % diskaun untuk tiket selama sebulan.
Mesin plak buat masa ni terima Rm 1, Rm 5 dan Rm 10. Ada gak mesin sebelah tu tak terima Rm 10..tak ke haru dah beratur panjang tetiba tak boleh plak pakai duit besar. Duit kecik tak cukup. Kami nak ke Bandar Utama...sehala tiket harga Rm 5...jadi dapat Rm 2.50 semalam. So naik 4 orang cukup ler Rm 10 semuanya. Ada kaunter tiket yang staff jaga jika duit tak cukup nak bayar pakai mesin.


tengok kat skrin lagi 11 minit train nak sampai. Ini stesen palaing hujung .


Sentuhkan token coin yang dapat tadi. Dah masuk dalam singgah toilet dulu...jauh ni dekat sejam perjalanan. hehehe...

Naik eskalator ke atas dan pergi ke platform 2 sebelah kiri. 

Okay train dah sampai. Ada pintu penghadang kat situ. 


Berlari-lari rebut seat hahahha...sebab stesen hujung..kosong ler. Sampai ke stesen mana tah dah mula padat .

Ramai famili yang naik untuk mencuba.

Selepas sejam melangkaui 23 stesen baru sampai Bandar Utama. Dari Maluri ke pusat bandar Damansara kita akan berada di laluan underground.



Ikut ajer arah anak panah untuk keluar ke One Utama.

Ada bus feeder...tapi kami jalan kaki je melintasi Sri Pentas...dan masuk melalui tepi Hotel One World.

Perut dah lapar ..kejar pergi isi perut dahulu.Bebudak ni nak tengok citer Spider man





Kita tunggu nanti citer Annabelle...ingat lagi tgk beramai2 satu famili di petang raya haji 2014 rasanya.

Kami tgk Spiderman jam 5. 25 ptg..habis dah malam...


Kami naik train 8.25 malam. Sampai Kajang 9.25 mlm. Tunggu bas...lambat plak...sampai dua bas semuanya nak rehat...not in service. Dekat 10 malam baru dapat bas. Ada jugak jiran2 sekali naik.

Okay ler ...senang nanti jika malas nak drive pergi Bkt Bintang atau Ikea Cheras boleh ler naik Mrt. 




You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook