Leptospirosis - 19 tahun telah berlalu

August 08, 2017



Eh....kata benci tikus...jijik nak letak gambar tikus betul heheh.


Kisah ini sudah berlalu 19 tahun ...setiap kali muncul Ogos ...pasti akan muncul memori .

Virus kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis itulah penyebab aku kehilangan satu-satunya anak perempuanku. Lahir ketika aku koma. Sampai sekarang aku cukup benci, takut dengan makhluk seekor ni. Phobia....

Aku pun tak pasti bagaimana aku dapat jangkitan ni. 

1998 ...aku masih di tahun 2  pengajianku di Uitm. Baru sahaja 10 bulan mendirikan rumahtangga. Ketika itu aku mengandung anak pertama ...kandungan dah 28 atau 29 minggu ketika aku melakukan pemeriksaan bulanan kandungan di klinik kesihatan di PKNS  , Shah Alam nurse yang memeriksa perut merasakan ada sesuatu yang keras diatas pada kandungan. Dia tanya ada keturunan kembar tak...memanglah ada. Doktor referkan ke hospital sultanah rahimah, Klang . Semasa scan katanya hati dan limpaku seperti membengkak. So kene warded. Seminggu warded tapi takde apa pun keputusan...doctor ambil darah pastu tah mana hilang plak darah tu ...kena marah dia dgn doktor pakar yang round setiap pagi. Ambik lagi sekali...doktor yang tak pandai ..sampai lebam macam kerepek keledek lengan aku. 

Kebetulan masa tu mak dan abah nak pergi umrah. Aku mintak ler pelepasan keluar nak menghantar diorang...mujur dapat. Selepas tu aku nak buat pemeriksaan kat tempat lain  sebab macam lembab sangat hospital tu ...aku pergi ke ward bersalin dan jumpa dengan doktor...kebetulan ada sorang doktor perempuan cina ni sangat celupar mulut dia ...dia marah aku tukar ke tempat lain sebab mereka belum periksa habis lagi maybe u kene barah hati ker....kata dia...oohhh sangat celupar...dah le aku mengandung...perasaan sensitif...boleh dia kata begitu.

Aku nekad jugak taknak masuk balik wad...lagipun jauh benar klang tu ...kakak2 aku semua duduk KL. Semasa mak ngan abah tiada memang aku duduk di KL dan berulang ke kelas di Shah Alam.

Kakak aku bawa aku berjumpa dengan Dr Hamid Arshat di Pusat Bandar Damansara. Itulah pertama kali rasanya aku scan dan dapat tahu jantina anak. Kat klinik kesihatan kalau takde apa-apa masalah memang takdenya scan. Itulah pertama kali dapat gambar scan ...nampak cam tembam je baby...baby girl. Happy tak terkata. Doktor ambik sample darah utk hantar ke lab...makan masa sebulan gak nak tahu result. 

Selepas 2 minggu mak dan abah balik umrah ...aku pergi jemput mereka di KLIA...masih mampu drive lagi. Sambut orang balik umrah kami buat makan-makan ..lauk ketam lagi...esoknya tu aku muntah-muntah dan cirit birit. Aku sorang jer..Memang teruk jugaklah sepanjang hari tu...malam tu lepas asben balik kerja kami balik ke Shah Alam dan pergi ke klinik lagi sekali. 

Seminggu tu memang aku demam on and  off ..pergi jugak kelas sebab malam aku demam ...masa tu pun aku sibuk jugak dengan tugasan IT week ...tapi demam tak jugak kebah-kebah...sampai aku dah tak larat. Rasa tak berdaya...balik ke rumah mak...makan pun tak lalu..hanya mampu makan buah..asben potongkan buah pear or lai masa malam tu...sampai pagi aku tak dapat tidur...perut mengeras...aku rasa sesak napas...sakit sangat rasanya. Menangis sakit. 

Pagi-pagi jumaat tu call klinik Doc Hamid ...cakap nak warded..demam. Sampai je klinik terus dapat jumpa doktor..huyung hayang jalan dah tak mampu rasanya. Doc cek kandungan katanya okay.Baby masih ada degupan.

So terus doc bagi surat refer masuk ward di hospital pantai Bangsar. Memula masuk bilik yang 4 katil...doc suruh pergi x ray...tapi perut ditutup ler..lepas tu doc decide terus masuk ICU. 

Aku masih ingat tarikh masuk ward 8 ogos ...esok tu sabtu memang ramai sedara mara datang melawat...masa tu aku dah tak mampu lagi rasanya...aku rasa dah lemah...aku rasa nak mati dah.

 Aku sesak nafas...memang masa tu pakai oksigen..tapi aku masih sukar bernafas...aku dah minta maaf mintak ampun ..aku masih ingat lagi jiran lama aku menangis tengok bila aku cakap begitu ...aku cakap kat nurse aku tak rasa anak aku punya gerakan...nursu cina tu pon panik semacam dok cek perut aku dia pon tak dapat cari degupan jantung baby....sampai situ jelah aku ingat 

Lepas tu aku dah tak sedar...aku dah dikomakan..atau nama lain aku ditidurkan untuk tidak merasai kesakitan.

Dan ketika aku komalah anak aku dilahirkan ...

Esoknya 10 Ogos...awal pagi kandungan ku dah turun..jadi doktor cepat-cepat siap untuk menyambut kelahiran. Ketika itu kandungan 31 minggu. Aku melahirkan secara forcep. Kata Doktor Hamid...baby masih panas lagi...maknanya dia baru sahaja meninggal. Dia tewas dengan virus tersebut. Tak ramai yang dapat lihat baby...semua sibuk dengan keadaan aku yang kritikal. Mak mertua sempat lihat wajah nya...rasanya uwan pon dapat lihat...mil kata rambut dia ikal..asben uruskan pengebumian . 

Aku pulak ketika itu sangat kritikal ...aku hilang banyak darah.. darah keluar dari bawah..dari mulut..hidung..


Memang aku perlu untuk dimasukkan darah ...Alhamdulillah ramai betul menderma. Darah aku jenis O..ramai kenalan keluarga ku...kawan sekerja abah ler paling ramai datang menderma, rakan2 sama Uitm, rakan2 sekerja asben. Sampaikan ada yang baru melahirkan anak 4 bulan pon merayu2 nak derma tapi tak dapat ler sebab baru bersalin. Lebih 50 orang datang menderma..sampaikan popular plak aku kat unit darah spital tu. Lps dah keluar spital ada kene ambik darah...dorang minta kalau penderma-penderma aku tu boleh datang lagi menderma selalu disitu. 

Pelawat aku jugak terlalu ramai...beratur nak masuk ...sampai kan doktor alihkan aku dari duduk di katil icu yg terpisah langsir je ke bilik seorang yang pelawat hanya boleh tengok dari kaca tingkap je. Hanya parents dan asben boleh masuk sebab tak tau apa kuman jangkit aku ni. Teruk sangat keadaaan aku ...memang membengkak muka dengan bantuan pernafasan.Doktor aku ada 6 orang, diketuai Pakar darah, pakar O&G, Pakar hati, lagi tiga lupa dah ...Doktor pakar darah tu ler huh...tatau nak cakap...sampai dah discaj baru tau sakit apa. Badan-badan aku naik bintik-bintik darah...dia  kata denggi...Dah ler bila sel darah putih meningkat dia kata Leukimia....dah ler depan mak aku , sedara mara ...mana tak meraung...tak jaga hati orang betul..dia kata kat asben ur wife got a very bad leukimia ..bila abg ipar minta report nak tunjuk pada kenalan dia doktor terus bertukar plak bukan leukimia...huh..

Dah ler mengada nak speaking jer ...sekali tu kena basuh ngan abah aku...terus lepas tu insaf. Bukan org tak kenal dia..ramai kenal perangai dia ni. 

Bila tukar bilik yang mahal di ICU..kos mesti ler meningkat ..doktor syorkan abah pindahkan aku ke hospital lain ..tapi abah kata Duit buleh cari tapi nyawa anak saya ni penting....

8 hari aku koma. Bila aku terjaga...tau tak aku tanya apa kat asben...date ari tu...bila asben bagi tau ...aku kata eh dah lepas minggu IT...hahahahha....tak sedar diri bertarung nyawa 8 hari. Pastu baru tengok perut. Nampak kempis...bila asben bagitau anak dah tiada...aku rasa aku tak sedarkan diri lepas tu...suhu badan naik 41 ' celcius ...demam teruk balik aku...

Sedar tak sedar je...terdengar-dengar kawan aku Marlinda datang melawat...ada ustaz datang bagi air penawar.Memang aku xberdaya ..deman panas sangat.

Beberapa hari lepas tu aku beransur sedar dan makin okay. Cuma aku tak berdaya...sangat lemah. Hanya mampu pandang je pelawat yang datang dari cermin. Disebabkan terlalu lama dikomakan..ditidurkan ...memang pesakit yang demam terlalu teruk akan dikomakan untuk tidak terasa sakit....jadi lepas tu sesaat pun aku tak dapat tidur.  Seksa nya 24 jam terjaga. Masa siang okay lagi...bila malam..yang meneman berdengkur...nurse pun tutup lampu ..lampu samar2 je...apa aku nak buat ..dah ler tak berdaya nak gerakkan badan.

2 minggu dalam icu...lama aku kat situ sebab pakar darah tu bercuti. Dah ler duduk dalam air cond....aku plak dalam pantang bersalin...apa saja lah yang dipakai pesakit ...pakaian gaun hospital yang pendek nipis...tak berstokin. Nurse pagi-pagi datang lapkan badan dengan tuala basah...tetiba pi jawab call plak tinggalkan aku kesejukan...kejap je dah bentan...menggigil2 . terus naik suhu badan..demam....terus kene cek darah..ambik sampel najis...semua hantar lab...hantar plak dah lepas waktu keje...caj masuk bil aku..

Mak pakaikan aku stokin lepas tu. Memang tak selesa sangat sebab aritu kan kuar darah kat mulut .hidung..jadi ada bekas-bekas darah kering..susu masuk kat tiub. Aku pon tak larat terbaring je...bila dudukkan..lama-lama melorot ke bawah..tak reti nak tegak balik huhuh.

Bila didudukkan ..tetiba terlentuk ke kanan...mmg tak reti nak tegak balik jugak. 

Bila dah boleh pindah bilik wad...aku duduk bilik single depan kaunter nurse sebab pelawat takleh masuk. Kalau masuk semua kene pakai mask. ..mask tu tak free yer...caj masuk bil. 

Dah duduk wad pon masih tak tau apa sakit. Doktor masukkan antibiotik untuk 10 hari....tak cakap nak cucuk dah bengkak2 tangan aku...last-last rasanya tak cukup 10 hari. Lama giler duduk hospital 29 hari. Nurse kekadang rajin tocangkan rambut le...nurse-nurse kat icu pon ada dtg melawat. Aku memang lemah giler sampaikan ingatan pon lemah...satu ayat Al Quran pon aku tak dapat ingat. Belajar berjalan semula..langkah sikit-sikit. Memang terlalu lemah.

Tidur pon bermasalah lagi...minta ubat tidur pun tak jalan. Terkelip-kelip le malam-malam. Asben selama aku sakit tu tak balik rumah. Berkampung kat spital tu. Bila dah start keje ..dia bersiap dan gosok baju kat spital ..mujur hospital dekat opis.

Bila dapat discaj...uwan  siap sambut kat umah dengan tabur beras kunyit. Memang bersyukur sangat aku masih dapat teruskan hidup ni.

Dah discaj ni pun takde keputusan lagi apa sakit aku...masa follow up...nurse pembantu pakat hati tu citer...pakar hati tu rasa sedih tgk keadaan aku yg 50-50 tu. Kalau kes aku jadi sekarang agaknya mau ada yg viral. 

Bila makan ubat untuk normalkan balik size hati tu..ada side effect rambut gugur teruk...bila jumpa pakar darah tu ehhh dia cakap tulah saya mmg agak ..aku tau maksud dia ..dia agak aku kene leukemia...terus suruh ambik darah nak cek...tak paham aku pakar darah ni ...takdenya aku kene....dia gak le kut yg tebuk ambik air tulang belakang dan benang jahitan tinggal macam potong xabis...so ada jangkitan...memula aku rasa sakit berdenyut situ...bisa rasanya ...setiap kali minum air panas rasa bisa situ. Masa checkup pakar hati aku bgtau...mmg ada infection kat situ. Dia gunting buang benang tu ..terus okay. Kalau tak rasa macam nak demam.

Sebulan dah discaj baru lah pakar darah tu bgtau pasal leptospirosis tu..heran jugak camana kena. Mungkin aku terpijak air kencing tikus yang baru..dimana bakteria senang aktif. Atau air mandian aku tercemar dengan air kencing tikus. Apabila aku menyiram badan dengan air tercemar itu...ia akan meresap masuk kulit dan melalui saluran darah.

Memang tanda-tanda penyakit leptospirosis tu aku alami. 

Disebabkan ingatan pun lemah terpaksa aku tangguhkan study satu semester. Patutnya semester depan tu dah final ..nak buat thesis. 

19 tahun dulu manalah ada camera phone lagi...so takdelah kenangan gambar di icu...takkan ler tgh tenat famili sibuk nak bwk kamera pulak kan..kalau sekarang ni mau dah viral gamaknya kisah aku. 

Memang bersyukur sangat Allah panjangkan usia aku dan aku tak mengalami kesan teruk dari virus tersebut. Virus tu cuma menyebabkan hati dan limpa aku bengkak sahaja...jika ia merebak ke buah pinggang ke jantung memang tipis harapan mau sembuh.

Bil hospital tak yah cakap ler ....masuk swasta kan ...dengan tahan di icu...dengan bersalin lagi. berpuluh ribu...kalau sekarang le mau ratusan ribu nilainya. Terima kasih pada doc yg menyambut kelahiran ...Doc Hamid Arsat kurangkan bill dia ...dia juga mencadangkan pada doktor-doktor yang lain. So banyak jugak le pengurangan yang dapat dari doktor-doktor yang baik hati yang bersimpati melihat pesakitnya yang masih student...takde insurans ketika itu..dah ler kehilangan anak...sakit plak tak ketahuan punca. Bill pon ada tersalah kira..tersalah key in...towel kecik lap badan rm 5 jadi rm 50..belum lagi apa-apa sampel yang dibawa ke lab..kalau lepas waktu keje ..caj kat kita overtime dorang tu. Terima kasih juga pada company tempat asben keje kerana membayarkan dahulu bil perubatan. 

Sejak dari peristiwa tu memang aku perasan lauk ketam pon mak tak masak. Rasanya lebih 5 tahun nak dekat 10  tahun gak mak tak masak lauk ketam....huhuhu...Air tebu pon dah tak diminum ...sebab tak tahu tahap kebersihan tebu yang dimesin. Padahal tebu tu dulu feveret kami..

Kalau lah peristiwa ni tak terjadi dah besar anak dara aku tu...😭😭😭

Jadi kepada anda semua berhati-hatilah dengan makhluk ni. Jika pergi bercuti mandi-manda di sungai..pastikan jangan berendam di gigi-gigi air...disitu tempat tikus-tikus datang minum air...dan ada sampah sarap sisa makanan yang akan didatangi tikus. Masa aku kene dulu virus ni belum popular kat Malaysia. 

Sekarang bila terdengar ada yang dijangkiti virus ni aku turut rasa sedih. Sebab ada yang tidak bernasib baik. Virus dah jangkiti otak...ada yang kene gangren.

Di pasar atau pasaraya pon kita kene lihat tahap kebersihan...pernah aku tengok ada kesan air pada plastik buah dan berbau hancing. 




Bila ada tanda-tanda seperti diatas cepat-cepat dapatkan rawatan.






You Might Also Like

2 comments

  1. Alahai sedihnya kak! Tapi syukur akak selamat dan lalui saat² getir tu dengan tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dugaan paling besar bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah Syukur sangat

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook