Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kelima ( Blue Boat House,Mandurah Cruises, Rainbow Container)

September 25, 2017

29 Ogos 2017

Hari ni kami nak pergi tengok Dolphin...nak naik cruise.

Pagi bersiap macam biasa, siap-siap goreng nasi, bawak bekal nugget nak makan atas cruise. 



Cruise yang aku tempah tu jam 12.00 tengahari.  Ada 1 jam dan 1 1/2 jam. Harga sama jer...jadi baik ler pilih yang lama sikit kan.

Pagi ni cuaca tak bagus. Hujan . Sebelum ni elok je panas...hari ni dah mula hujan. Sebelum naik cruise kami nak pergi bergambar kat Blue Boat House. Hujan so kelam sikit ler kalau bergambar. Puas cari jalan nak sampai ke situ...gps tah berpusing2 kemana...data internet aku dah habis. GPS plak nak alamat tepat. Mujur dah print map ...dapatlah agaknya sikit jalan. Dah termasuk ke Kings Park...bila turun tu nampak University...so tak jauh ler tu...Blue Boat House ni terletak tepi jalan yang sibuk...tiada tempat nak stop berdekatan. Cari parking paling dekat tak jumpa dengan kesibukan jalan tu kang terpisah plak dua kereta. Jumpa tempat parking boleh tahan jauh berjalan. 

Dekat situ kena hati-hati bila parking jangan biarkan beg atau apa-apa2 yang boleh menarik minat pencuri. Ada je dorang ni nak pecah kereta.




Kena ikut turn..kebetulan ada orang lain...kita sampai baru ler sibuk2 nak bergambar. Sebelum tu dok lepak...ni time hujan so tak ramai  sebab pagi ...time ramai orang memang kene cepat2 berposing










Ada toilet kat parking tu
Hujan gerimis semula....cepat-cepat jalan semula ke kereta...Kami bergerak ke Mandurah. Dalam sejam perjalanan. Memang hujan sahaja ...makin lebat.

Dah nak sampai Mandurah baru lah panas...matahari keluar.
Sempat lagi singgah kejap di Mandurah Forum ...terjah K mart kat situ...tak jugak jumpa yang dicari..jumpa satu jer tempat gantung pokok. Ambik 3 terus beli untuk kakak2.

Lalu kawasan perumahan ...rumah mereka kebanyakan satu tingkat. Kemas cantik je.

Sampai Mandurah terus pergi ke boat...tiket kan dah beli. Aku beli online dewasa $30 tapi pakai voucher Hello Perth jadi $22 sahaja. 

Baru nampak sekeluarga melayu dah sampai.Nampak tu boat dah menunggu.









Makcik jaga tiket tunjuk print out tiket yang telah dibeli ...terkial-kial dia ni..orang depan tu dapat tiket ..kami ni dia terkial-kial ...terus dia suruh masuk je.



Tu captain cruise.


Haa...nak tengok dancing dolphin....ada ke dolphin nya? ikut nasib yer.




Kami antara yang awal jadi dapat ler rebut seat kat atas cruise tu. Ada 6 meja untuk 4 orang setiap meja.




Meja disediakan sebab kita boleh je beli tiket sekali dengan order fish& chips. Nanti akan stop kat tepi restoran untuk ambik order. Tapi kami tak order...bukak bekal nuggets jer.

Hari tu cruise kami ni memang penuh dengan orang dari Malaysia sahaja. Ada segroup pelancong Malaysia bersama tour guide...Tour guide tu plak yang bagi penerangan dalam BM ajer..

Dah penuh cruise pon bergerak...bergerak je terus timbul dolphin...dia suka ombak dari boat...tapi 2-3 ekor je muncul bermain-main. Dorang baru habis musim mengawan dua bulan lepas..so tak kuasa nak berdancing2 lagi dah..huhuhu



Nampak tak tu...dolphin..kejap kang dia muncul belah kiri cruise.,...kejap kanan..menjerit2 kami melihatnya excited hehehhe.









Lapar sejuk2 naik cruise...so makan nuggets.




Cruise stop ambik fish&chips.


Ini semua rumah-rumah mewah dekat Mandurah..setiap rumah ada boat sendiri.







 Ini rumah tuan punya Mandurah Cruise.









Bawah jambatan tu ada tempat laluan pejalan kaki yang nak memancing disitu. Ada je burung tu menunggu nak curi ikan yang dipancing.


Lama gak 1jam setengah tu rasanya...sebab sejuk jadi rasa lama sangat.

Elok je dia bawak anak 







Ini pejabat kalau nak beli tiket.









Dah selesai kami masuk kereta makan bekalan nasi goreng  dan jugak pisang. 

Kami nak gerak ke Fremantle ...nak pergi Rainbow container...cuaca tak berapa bagus...hujan ...


Dah nampak puas mencari kat mana nak parking kereta.

Ada tempat parking kat bawah...ada toilet sekali...tapi kene jaga2 sikit sebab sunyi...toilet tu plak sebelum tu ada macam orang giler.



Sebelah kiosk tu toilet







Ada laluan mendaki sikit ler nak ke container tu.













Lepas tu balik ke Perth City terus terjah kedai souvenirs sebab aritu tak habis lagi soping...tapi kat bandar mahal ler sikit. Tapi kedai ni okay ler sikit ...tokey cina singapore jugak..boleh ckp bm lagi.

Parking rate mahal betul berapa jam aritu sampai 40 lebih.
Aritu dia tutup 7.30 pm. Sempat ler kami soping. Ada orang tu soping sampai dapat beg besar ler hehehe..siap boleh claim tax...muahahah..Aku kejap je sebab nak gi balik kedai perfume.


Cafe ni sebelah chemist warehouse...pemilik orang kedah kalau tak silap...




Kedai perfume tutup jam 8 malam. Waktu tutup tu berbeza setiap hari..kene gugel ler tgk 





Dah gelap jum ler balik...esok nak balik dah huhuhuhu...kemas beg 











You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook