Setahun dah jerawat segan nak muncul -Skin Aqua UV Moisture Milk SPF50 PA+++

October 12, 2017

Panjang plak tajuk.


Ini bukan review berbayar..tapi nak kongsi bila kita pakai okay...haruslah kongsi.

Kulit muka aku ni takdelah masaalah sangat. Kategori licin ...jerawat singgah sekali sekala. Tapi bila sekali sekala timbul tentulah ia kelihatan sangat . Lainlah muka ko berjerawat penuh ...mestilah tension bila jerawat timbul dikala usia dah tak remaja nih. 

Dah ler timbul selalu besar di tepi hidung. Kekadang bernanah. Bawah dagu jugak. Sekali tu selepas buat facial. Aku nih seumur hidup tak pernah buat facial. Pergilah support biz kawan...aku rasa lembut jer tangan dia sentuh...memang best jer dia buat facial. Tapi tak sangka plak petang tu terus keluar 3 ketul jerawat...satu nya timbul tengah-tengah batang hidung. Besar plak tu 3 tuh. Memang orang perasan sangat ler kan dengan jerawat tu..aku lagi lah tension. Punyalah berminggu-minggu nak baik. huhuhuh..

Dah baik yang itu keluar plak yang baru dibulan yang lain. di dua-dua pipi...Bila dia dah meletus lagi teruk plak nampak kalau mekap...bercapuk kat situ. Puas lah pikir apa nak pakai untuk hilangkan jerawat.

Bila borak-borak ngan kawan kat whatsapp group...ada yang kata elok pakai hari-hari sunscreen untuk protect kulit. Ambik yang  SPF 50 PA+++.

Terus lah aku cari kat Watsons apa yang sesuai. Masa tu sekitar bulan March 2016. Aku cuba try Skin Aqua UV Moisture Milk ni. Aku pakai sebagai makeup base.

Setiap pagi selepas mandi cuci muka...nak bersiap mekap gi kerja, aku sapu Skin Aqua ni. Dia macam lotion ..milk..sapu dan tak melekit....best je meresap ...lepas tu pakai ler apa-apa kau nak pakai...BBcream ke...foundation ker ...bedak compact jer ke..

Apa yang aku perasan sejak mula pakai sampai lah dah setahun ni...tiada lagi jerawat besar gunung berapi berani muncul. Memang bebas jerawat betul. Ada pon jerawat tu nak timbul tapi cam segan. Kuar kat tepi hidung tapi kecik sangat tak nampak ketara. Ada kala cam bintat je muncul...tau tu jerawat nak keluar...tapi esoknya hilang..tak sempat nak keluar nanah. 

Memang puas hati sangatlah aku pakai. Jadi buat masa ni memang aku teruskan pakai.

Memang sangat serasi dengan kulit aku.





You Might Also Like

3 comments

  1. TQ info sharing ni, Ty dulu pun susah nak de jerawat tapi kalau de je rasa nk mgis.. nnt bole ar gi cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn..kalau muka licin tetiba muncul seketul jerawat..stress jadinya

      Delete
  2. Hello there,
    I'm Elizabeth from Austin, Texas. Great article. I really enjoyed very much with this articles. Really it is an amazing articles I ever read. I think it will be helpful for all. Thank you so much for your amazing post and keep update like this excellent articles. Thanks you for sharing such a great blog with us. Expecting for your good luck.
    Best Regards.


    OneDayTop has recently posted for HEALTH : HOW BROCCOLI SECURES YOUR GUT

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook